Thursday 9 June 2011

FREEMASON..SejaraH di Sebalik pertubuhan rahsia di DUNIA

---Freemason---
Adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason
dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke
Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.
Secara
ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini,
antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar
atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara
Islam di Jerusalem.

Terdapat pelbagai legenda dan teori lain
mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan
kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan
bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta
Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason
berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada
pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) di Jerusalem pada 967
S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff
yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Maka
berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai
selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti
kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada
juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk
membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa.
(rujuk: www.Islamonline.net ).


LOGO FREEMASON DAN GAMBARAN HAIKAL SULAIMAN

No comments:

Post a Comment